Langkau ke kandungan utama

TIPS KEBAHAGIAAN ANAK

 


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu         waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.



6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh.

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[ DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum kawan2ku semua.  Wahab bin Munabbih berkata, bahwa tertulis di dalam kitab Taurat dua puluh tujuh nasihat sebagai berikut :  1. Barang siapa yang berbekal di dunia, maka pada hari kiamat akan menjadi kekasih Allah.  2. Barang siapa yang meninggalkan marah, maka ia terhindar dari siksa  3. Barangsiapa meninggalkan cinta dunia, maka pada hari kiamat dia akan menjadi orang yang aman  4. Barangsiapa meninggalkan sifat dengki, maka pada hari kiamat dia akan menjadi orang yang terpuji 5. Barangsiapa yang tidak menyukai jabatan, maka pada hari kiamat dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah  6. Barangsiapa yang meninggalkan berlebihan, maka dia akan menjadi orang yang berbahagia  7. Barangsiapa yang meninggalkan permusuhan di dunia, maka pada hari kiamat termasuk golongan orang2 yang beruntung  8. Barangsiapa yang meninggalkan sifat kikir di dunia,...

{PESANAN BUAT ISTARI}

  {PESANAN BUAT ISTARI} Wahai isteri, Layanlah suami dengan baik... Tawan hati mereka supaya suami gembira... Buatlah kerana Allah... Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu... Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar... Maafkanlah kekurangan mereka... kerana dunia ini bukan tempat tinggal kamu... Syurga tempat tinggal kamu yang sebenarnya... Jagalah solat awal waktu... Walau apapun terjadi... Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid... Jagalah aurat kerana Allah... Jaga aurat bukan kerana kamu baik... Tapi ia perintah Allah... Apalah makna cantik jika kamu dibenci oleh Allah... Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kamu... Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia... Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah... Untuk umat... Untuk umat selamat dari neraka... Takpelah dunia ini kamu kurang sikit... Syurga semakin dekat... Dunia ini sekejap s...