Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini? Imam syafie hidup 53 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 1200 tahun.. Imam Nawawi hidup 43 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun.. P. Ramlee hidup 44 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal lebih kurang 49 tahun... Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan di dalam lubang kubur nanti? Allah ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk kita beribadat kepadanya. Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bersuka ria di atas dunia ini. Carilah bekalan selagi mana kita hidup diatas dunia ini... kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati. Kita hanya hidup sekali sahaja di atas dunia ini... jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang tidak kekal. Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardhu ain sebelum kita mati. Setidaknya, untuk sele...